Pinjaman tidak wujud: Tiga banglo diserbu polis - Utusan Malaysia

Pinjaman tidak wujud: Tiga banglo diserbu polis

WANG tunai dan telefon bimbit yang dirampas polis dalam serbuan di tiga buah rumah banglo di Taman Alai Perdana, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Polis memberkas sembilan suspek warganegara China termasuk empat wanita yang menjadikan tiga buah rumah banglo di Alai, dekat sini sebagai markas bagi kegiatan pinjaman tidak wujud dalam serbuan Op Pelican, kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira pukul 4 petang itu, kesemua suspek berusia antara 25 tahun hingga 35 tahun ditahan sepasukan pegawai dan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

Ketua JSJK negeri, Superintendan E. Sundra Rajan berkata, hasil risikan, serbuan dijalankan serentak di tiga buah rumah banglo di Taman Alai Perdana.

Katanya, pemeriksaan di lokasi menemukan satu buku skrip tipu pinjaman di dalam bahasa Mandarin dan wang tunai berjumlah RM31,850.

“Mengikut keterangan awal suspek, mereka menjadikan rumah banglo itu sebagai pusat transit untuk menjalankan kegiatan tawaran pinjaman tidak wujud dengan menyasarkan mangsa di China.

“Dalam serbuan itu, pasukan polis turut menjumpai buku skrip pinjaman, wang tunai dan komputer yang digunakan bagi tujuan tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kegiatan itu dipercayai dijalankan oleh kumpulan itu sejak Februari lalu.

“Suspek mendakwa mereka hanya bertindak sebagai pekerja dengan dijanjikan bayaran gaji bulanan sebanyak RM3,000 hingga RM4,000 oleh ‘mastermind’.

“Kita sedang mengesan dalang yang menempatkan kesemua suspek di rumah banglo tersebut dan menjadikan negara ini sebagai lokasi transit bagi kegiatan berkenaan,” jelasnya.

Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya