Pinjaman RM5,000 lulus dalam tujuh hari - Utusan Malaysia

Pinjaman RM5,000 lulus dalam tujuh hari

MAS ERMIEYATI Samsudin (tengah) beramah mesra bersama pengamal media diiringi Pengerusi Kelab Media Melaka (PENDIKA), Amir Mamat (tiga dari kanan) dalam majlis berbuka puasa Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan merangkap Ahli Parlimen Masjid Tanah bersama Media Melaka di Hotel Ames, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Usahawan kecil-kecilan kini boleh memohon pinjaman maksimum sebanyak RM5,000 dan kelulusan diperoleh hanya dalam tempoh tujuh hari.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, Skim Pembiayaan Informal (SPIN) Tekun Nasional itu hanya memerlukan usahawan membawa salinan MyKad, penyata bank dan bil utiliti untuk kelulusan.

Menurutnya, skim berkenaan dikhususkan kepada usahawan kecil yang tidak pernah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau mana-mana badan profesional perniagaan.

“Tahun ini, kerajaan memberi peruntukan sebanyak RM50 juta untuk membantu usahawan ini. Setakat ini, sebanyak RM12.8 juta diberikan kepada 2,154 usahawan yang memohon skim ini.

“Justeru, baki skim sebanyak RM37.2 juta perlu direbut oleh mana-mana usahawan kecil dengan memohon segera di mana-mana pejabat Tekun Nasional di seluruh negara,” katanya selepas menghadiri program Iftar Ramadan bersama Tekun Nasional dan pengamal media di Hotel Ames, Ayer Keroh, semalam.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah berkata, pinjaman yang diberikan itu bagi tempoh tiga tahun dengan pembayaran balik serendah RM32 sebulan.

Menurutnya, usahawan kecil yang layak memohon adalah terdiri daripada mereka yang berniaga burger, goreng pisang, kedai gunting rambut dan sebagainya, asalkan tidak pernah berdaftar dengan SSM.

“Ini adalah usaha kementerian membantu golongan usahawan kecil yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Pinjaman ini walaupun kecil tetapi dapat membantu mereka yang mempunyai masalah untuk modal pusingan, ada yang perlu untuk membeli peti sejuk beku dan baik pulih gerai burger dan sebagainya,” ujarnya.

Tambahnya, pada tahun 2019 seramai 1.62 juta usahawan informal tidak berdaftar dikenal pasti dan jumlah tersebut meningkat sejak penularan pandemik Covid-19 tahun lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya