Pertemuan Pemimpin-pemimpin ASEAN bincang isu Myanmar esok

Pertemuan Pemimpin-pemimpin ASEAN bincang isu Myanmar esok

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri Pertemuan Pemimpin-pemimpin ASEAN di Sekretariat ASEAN, Jakarta, Indonesia, esok.

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan berkata, Perdana Menteri mendapat jemputan   Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei  Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah selaku Pengerusi ASEAN 2021.

Katanya, Perdana Menteri akan diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan delegasi kecil yang terdiri daripada pegawai-pegawai Kanan Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Luar Negeri.

“Pertemuan ini akan disertai para Pemimpin ASEAN, Setiausaha Agung ASEAN  dan Jeneral Kanan Min Aung Hlaing dari Myanmar. 

“Para Pemimpin akan  membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan keamanan, keselamatan dan  kemakmuran serantau. Perkembangan situasi di Myanmar dijangka akan menjadi  tumpuan perbincangan di pertemuan ini,” katanya di sini hari ini. 

Kementerian Luar berkata, Malaysia menyokong sepenuhnya usaha-usaha Brunei selaku Pengerusi  ASEAN 2021 untuk menganjurkan pertemuan itu dalam  menentukan hala tuju dan masa depan ASEAN.

Katanya, perkara itu selari dengan prinsip-prinsip ASEAN seperti Kepaksian ASEAN (ASEAN Centrality) dan dalam usaha untuk melindungi  kesejahteraan, keselamatan, kestabilan dan kemakmuran serantau. 

Jelasnya, para delegasi akan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) pencegahan  Covid-19 ketat seperti yang dipersetujui Kementerian Kesihatan Malaysia  (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan Indonesia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya