Perebutan jawatan Presiden SAM seri, catat sejarah

Perebutan jawatan Presiden SAM seri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertama kali dalam sejarah perebutan jawatan Presiden Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) berakhir dengan keputusan seri sejak persatuan berkenaan ditubuhkan pada tahun 1969.

Dalam Mesyuarat Agung Tri-Tahunan 2020-2023 SAM yang berlangsung hari ini, menyaksikan pertandingan satu lawan satu merebut jawatan itu di antara penyandang presiden, Datuk Jasni Shafie menentang Norismadi Abdul Manap yang berakhir dengan keputusan seri apabila masing-masing memperolehi 51 undi.

Keputusan itu bermakna, undian semula akan dilakukan semula dengan tempoh dua minggu diberikan bagi menentukan pemenang bagi jawatan presiden SAM.

Mensyuarat itu menyaksikan kehadiran 105 ahli yang hadir namun hanya 102 sahaja ahli yang mengundi.

Perkiraan undi telah mengambil masa selama satu jam 30 minit dan menyaksikan jawatan timbalan presiden SAM dimenangi Ahmed Faisal Jamal manakala bagi kerusi naib presiden menjadi milik Hazreen Mubarak dan Hafizal Hamad.

Sementara itu, bagi jawatan ahli jawatankuasa, diketuai Zuriati Zulmi, Ku Mohd Lufti Ku Yahya, Mohammad Rozaidi Zulkifli dan Wan Nor Bazly Wan Azmi manakala Ajitpal Singh dan R. Vikneswaran seri dengan jumlah undian 57.

Wakil daripada Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Chan Foong Keong menjadi pemerhati pada majlis undian tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya