PUTRAJAYA: Keputusan Majlis Tertinggi UMNO pada 2009 mungkin dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Ahad ini bagi meminta pemimpin yang berdepan kes mahkamah untuk ‘berehat’ daripada terus memegang jawatan. Peraturan tersebut menyatakan mana-mana pemimpin atau ahli parti yang didakwa di mahkamah secara automatik digantung semua jawatannya di dalam parti. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengamal Undang-Undang, Datuk Adnan Seman berkata, soal penggantungan jawatan itu diputuskan melalui satu mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 29 Mei 2009 yang dipengerusikan Presiden UMNO ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak setelah menerima syor Jawatankuasa Pengurusan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya