Penunggang maut rempuh kereta habis minyak - Utusan Malaysia

Penunggang maut rempuh kereta habis minyak

PENUNGGANG motosikal yang disahkan maut di lokasi kejadian selepas melanggar sebuah kereta yang kehabisan minyak dan diletak di bahu jalan di Kilometer 7 Jalan Endau - Mersing di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Seorang penunggang motosikal maut selepas melanggar sebuah kereta kehabisan minyak di bahu jalan  di Kilometer 7 Jalan Endau – Mersing, malam tadi.

Mohd. Zakuan Sa’aba, 53, dari Kampung Tekek, Tioman maut di lokasi kejadian selepas  tercampak ke atas jalan.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Cyril Edrward Nuing berkata, pihaknya menerima laporan pukul 11.20 malam melibatkan kereta Proton Waja dengan sebuah motosikal Yamaha Ego LC.

“Pemandu Proton Waja berusia 33 tahun meletakkan keretanya di bahu kiri jalan kerana kehabisan minyak. 

“Penunggang motosikal dari arah Endau menuju ke Mersing tidak perasan Proton Waja berkenaan kerana jalan gelap.

“Penunggang  merempuh belakang sisi kanan Proton Waja tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, pemandu Proton Waja tidak mengalami kecederaan kerana tiada di dalam kenderaan ketika kemalangan berlaku.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Mersing bagi tujuan bedah siasat dan laporan bedah siasat mendapati mangsa telah mengalami kecederaan parah di bahagian dalaman termasuk paru-paru dan jantung.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai manakala pemandu kereta terbabit ditahan untuk membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya