MELAKA: Agenda penyatuan ummah melibatkan Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO sangat penting bagi memastikan orang Melayu tidak hilang kuasa di tanah air sendiri. Pesuruhjaya Pas Melaka, Datuk Kamarudin Sidek berkata, pihaknya sentiasa berdoa agar kerjasama itu terus kekal demi sebuah kerajaan yang kuat dan stabil pada masa ini dan akan datang. Beliau menyifatkan tindakan para menteri dan timbalan menteri daripada UMNO untuk terus kekal dalam Kabinet sebagai langkah yang tepat. Katanya, ini berikutan kebanyakan portfolio penting dalam usaha mengekang pandemik Covid-19 dipegang dalam kalangan pemimpin UMNO. “Agenda…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya