Peniaga roti canai sesak nafas di bazar Ramadan  - Utusan Malaysia

Peniaga roti canai sesak nafas di bazar Ramadan 

ROSLI Ismail berbaring atas rumput kira-kira 30 minit kerana sesak nafas ketika memasak roti canai dan murtabak di bazar Ramada Kuala Berang di Hulu Terengganu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Suasana di bazar Ramadan di Kuala Berang di sini kecoh apabila seorang peniaga roti canai dan murtabak mengalami sesak nafas ketika memasak hidangan jualannya.

Kejadian  pukul 5.30 petang itu, menyebabkan Rosli Ismail, 59, terpaksa berehat dengan berbaring di atas rumput kira-kira 30 minit. 

Katanya, kesukarannya bernafas itu dipercayai akibat asap selain pemakaian pelitup muka ketika menjalankan rutin berniaga 

“Sepanjang lebih 20 tahun berniaga di bazar Ramadan, kali pertama saya mengalami sesak nafas kerana asap berlegar di bawah kanopi dengan jumlah pengunjung yang ramai. 

“Ini adalah  lokasi baharu kerana sebelum ini kami berniaga bazar Ramadan di Pasar Besar Kuala Berang,” katanya ketika ditemui hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya