Penganggur dipercayai jadi ‘transporter’ edar syabu ditahan

Penganggur jadi ‘transporter’ edar syabu ditahan

ANTARA bungkusan syabu dirampas polis di Serdang, Khamis lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kegiatan seorang penganggur dipercayai menjadi ‘transporter’ untuk mengedar syabu terbongkar selepas ditahan polis di Serdang Raya, Seri Kembangan di sini, Khamis lalu.

Lelaki berusia 22 tahun itu ditahan kira-kira pukul  5.30 petang ketika suspek sedang memandu kereta Honda City. 

Dalam serbuan itu, polis turut menemukan syabu seberat 9,283.63 gram dengan nilai rampasan dianggaran RM380,000.

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Superintenden Mohd. Rosdi Daud berkata, sebelum serbuan, polis membuat intipan dan suspek dilihat membuka but kereta dan mengambil beg warna merah jambu serta meletakkan di tempat duduk penumpang hadapan.

Katanya, polis kemudian menyerbu namun berlaku pergelutan kerana suspek bertindak agresif.

“Pemeriksaan di dalam kereta menemui beg mengandungi lima bungkusan plastik lutsinar hijau berisi bahan kristal disyaki syabu seberat 5,157.39 gram.

“Kita kemudian mendapati terdapat satu kotak di lantai bahagian belakang tempat duduk kiri berisi empat bungkusan plastik lutsinar hijau disyaki syabu seberat 4,126.24 gram,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. 

Menurut Mohd. Rosdi, hasil siasatan mendapati bekalan dadah itu diperolehi di kawasan Lembah Klang dan suspek baru sebulan aktif dengan mengedar.

Ujarnya, pemeriksaan lanjut turut mendapati suspek memiliki 10 rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

“Suspek direman seminggu sehingga 22 April ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya