Pengamal media terima vaksin bulan depan - Khairy

Pengamal media terima vaksin bulan depan

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 1,500 pengamal media yang bernaung di bawah Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) serta Persatuan Wartawan Sarawak dan Sabah akan mula menerima vaksin Covid-19, bermula bulan depan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya sudah menerima senarai nama pengamal media berkenaan bagi agihan vaksin itu.

“Saya dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba sudah terima senarai nama berkenaan.

“Sukacita saya dan Adham mengumumkan bahawa kita akan mula vaksinasi kepada petugas media pada bulan Mei,” katanya dalam sidang akhbar perkembangan PICK, di sini hari ini.

Sebelum ini, Khairy dilaporkan berkata, kerajaan bersetuju meletakkan pengamal media dalam senarai keutamaan menerima vaksin Covid-19 namun, ia tertakluk kepada bekalan vaksin.

Malah, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah juga  turut memohon supaya pengamal media diberi keutamaan bagi fasa dua PICK. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN