Peneroka Felda sumbang RM10j sempena Ramadan - Utusan Malaysia

Peneroka Felda sumbang RM10j sempena Ramadan

KARIP Mohd. Salleh (tiga dari kiri) menyerahkan replika cek Sumbangan Wakaf Tunai Warga Felda Wilayah Raja Alias (Fasa 2) kepada Ahmad Husaini sambil diperhatikan oleh Idris Jusoh (empat dari kanan) pada Program Ihya Ramadan Felda Wilayah Raja Alias di Dewan Semai Bakti Felda Jelai 3, Gemas, Tampin hari ini.- UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Sempena bulan Ramadan, warga Felda khususnya peneroka di negara ini menyumbang hampir RM10 juta menerusi Program Wakaf Felda dan jumlah berkenaan dijangka meningkat sebelum berakhirnya bulan mulia ini.

Pengerusi Felda, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, sumbangan berbentuk wang tunai sebanyak RM300 oleh setiap seorang peneroka itu akan disumbangkan ke majlis agama Islam negeri masing-masing.

Menurutnya, di Negeri Sembilan sahaja, sebanyak RM600,000 disumbangkan oleh peneroka di Wilayah Raja Alias kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menerusi dua fasa penyerahan.

“Kita beri penekanan kepada konsep keberkatan. Keberkatan sedekah RM300 daripada seorang peneroka. Sekarang dah kutip hampir RM10 juta dan diserahkan kepada majlis agama Islam negeri masing-masing.

“Di Johor hampir RM3 juta (kutipan), Pahang hampir RM2 juta. Ini dikatakan konsep keberkatan yang ada di Felda yang kita tanam, jadi masyarakat memberi bukan masyarakat menerima,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Ihya Ramadan, Felda Wilayah Raja Alias di Dewan Semai Bakti, Felda Jelai 3, dekat sini hari ini.

Yang hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemas, Datuk Abdul Razak Abdul Said dan Pengarah Besar Felda, Datuk Amiruddin Abdul Satar.

Yang hadir sama Ketua Pegawai Komunikasi Strategik Kumpulan FGV Holding Berhad, Datuk Najmuddin Abdullah; Pengurus Besar Yayasan Felda, Datuk MoFd Banuri Aris dan Ketua Peneroka Gabungan JKKR Wilayah Felda Wilayah Raja Alias, Ramlah Jelani.

Pada program berkenaan, Ketua Peneroka Negeri Sembilan, Karip Mohd. Salleh menyampaikan kutipan sumbangan fasa kedua warga Felda Gugusan Wilayah Raja Alias sebanyak RM300,000 kepada Setiausaha MAINS, Ahmad Husaini Mustafa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya