Penerbangan dari India patut disekat elak varian baharu - Utusan Malaysia

Penerbangan dari India patut disekat elak varian baharu

DR. DHAM BABA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelawat dari India akan disaring lebih ketat susulan kemunculan varian mutasi berganda wabak Covid-19 dari negara Asia Selatan itu yang kini merebak ke seluruh dunia.

 Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, pihaknya mahu Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyekat penerbangan terus dari India.

 “Berdasarkan perkembangan semasa, kita cadang pada mesyuarat MKN agar semua penerbangan langsung dari India digantung sementara waktu,” kata beliau selepas merasmikan majlis sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Kebangsaan 2021 di kementerian tersebut di sini hari ini.

 Menurut beliau, merujuk kepada kebimbangan antarabangsa terhadap krisis Covid-19 di India yang semakin tidak terkawal dan diburukkan lagi dengan varian membimbangkan (VOC).

Justeru, kata Adham, mereka yang datang dari India menerusi penerbangan transit akan dipantau pegawai kesihatan di setiap pintu masuk bagi mengekang penularan.

“Mereka juga mesti muat naik aplikasi MySejahtera sebelum tiba di Malaysia supaya kita tahu sejarah perjalanan dan memudahkan penjejakan kontak jika ada VOC dikesan,” kata Adham.

Adham memberitahu, beliau juga mencadangkan MKN agar setiap pelawat dari India menjalani  kuarantin  14 hari berbanding hanya 10 hari.

 Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr. Hishamshah Mohd. Ibrahim mengesahkan setakat ini VOC dari India belum ada.

Menurut beliau, Malaysia sudah mempunyai 24 varian Covid-19 jenis baharu dengan masing-masing lima dari Britain, dua dari Nigeria dan  17 dari Afrika Selatan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya