Pemulihan ekonomi berkait pelaksanaan PICK - Muhyiddin

Pemulihan ekonomi berkait pelaksanaan PICK

MUHYIDDIN Yassin dalam Majlis Perjumpaan Bersama Industri di Dewan Perdana Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kuala Lumpur hari ini. - FACEBOOK PM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Asas pemulihan ekonomi Malaysia adalah berkait rapat dengan kejayaan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang kini memasuki fasa kedua.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau yakin negara mampu menamatkan pandemik Covid-19 jika lebih ramai rakyat mendapatkan suntikan vaksin.

“Semakin ramai Malaysia mendapat suntikan vaksin, saya yakin kita akhirnya berada pada peringkat untuk menamatkan pandemik ini,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perjumpaan Bersama Industri di Dewan Perdana Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kuala Lumpur hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, Bank Negara Malaysia mengunjurkan ekonomi negara melonjak semula dalam jajaran enam hingga 7.5 peratus pada tahun ini dengan pemulihan aktiviti domestik yang stabil di samping peningkatan permintaan luaran sekali gus menjadi keyakinan itu optimis.

“Sebagai ekonomi terbuka bergantung kepada perdagangan, Malaysia akan terus menjadi penyokong kukuh sistem peraturan perdagangan pelbagai hala. 

“Selain itu, negara akan terus terbabit dalam membina inisiatif integrasi ekonomi serantau termasuk secara aktif memeterai Perjanjian Perdagangan Bebas atau FTA yang akan membawa manfaat ketara kepada negara.

“Inilah sebab utama penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang memberi akses istimewa kepada satu pertiga penduduk dunia dengan nilai pasaran 29 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dunia,” katanya.

Perdana Menteri berkata, sebagai pelengkap kepada usaha integrasi ekonomi negara, Malaysia akan menerapkan dasar perdagangan dan pelaburan mantap, memupuk ekosistem untuk membolehkan komuniti perniagaan berkembang dan meningkatkan proses domestik memudahkan pelabur. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya