Pelawat dari India dilarang masuk Malaysia - Utusan Malaysia

Pelawat dari India dilarang masuk Malaysia

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua pengembara  dari India sama ada menaiki penerbangan secara terus atau transit  dilarang memasuki Malaysia bermula Rabu ini.

 Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia antara cadangan Kementerian Kesihatan yang dipersetujui Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini.

 “Tindakan tegas ini bagi mencegah kemasukan varian baharu dari India dan turut menyekat penularan baharu Covid-19 dalam negara,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

 Turut dipersetujui MKN ialah sekatan sementara penerbangan keluar masuk dari India serta larangan bagi penumpang dari India yang mahu transit di Malaysia sebelum ke negara ketiga.

 Bagaimanapun, menurut beliau, pengecualian akan diberikan kepada rakyat Malaysia termasuk kru penerbangan warganegara yang hanya akan dikuarantin 14 hari.

 “Kerajaan juga bakal melaksanakan sekatan sementara kemasukan pekerja asing dari India yang ada pemegang pas lawatan kerja sementara (PLKS) yang masih sah laku,” tegasnya.

 Tidak ketinggalan kata Ismail Sabri, sekatan sementara kemasukan pelajar warganegara India dan juga pelawat perniagaan antarabangsa dari negara rantau Asia Selatan berkenaan. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya