Pelajar diugut rogol: ‘Mungkin gurauan’ aspek dalam siasatan

Pelajar diugut rogol: ‘Mungkin gurauan’ aspek dalam siasatan

Suami isteri
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius terhadap setiap laporan serta siasatan dijalankan termasuk berhubung kes pelajar didakwa diugut rogol. 

Ini susulan beberapa laporan portal tempatan yang menyatakan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani mendakwa ugutan rogol kemungkinan hanya gurauan. 

Superintenden Komunikasi Korporat Urus Setia Ketua Polis Negara PDRM, Superintenden Skandaguru Anandan berkata, tajuk laporan tersebut hanya merujuk sebahagian maklum balas dan menggambarkannya sebagai kenyataan. 

Beliau berkata, tindakan itu dilihat tidak bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat, mencemar kredibiliti siasatan polis dan mewujudkan spekulasi negatif terhadap mangsa dalam kes tersebut. 

“‘Mungkin gurauan’ dalam kenyataan respons kepada wartawan merupakan aspek yang sedang disiasat dan tidak bermaksud isu itu ‘sekadar gurauan’ seperti dilaporkan portal berkenaan.

“Tiada mana-mana aspek dalam kes berkenaan dianggap gurauan dan PDRM memandang serius setiap laporan serta memberi komitmen bagi menjalankan siasatan terperinci,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Mengulas lanjut, Skandaguru berkata, kebertanggungjawab pihak media amat diperlukan dalam melaporkan kes sebegini bagi mengelak persepsi salah dalam kalangan masyarakat sebelum proses siasatan diselesaikan.

Portal tempatan hari ini melaporkan kenyataan Acryl Sani berhubung siasatan tersebut digambarkan sebagai mungkin gurauan.

Kenyataan itu merupakan maklum balas terhadap soalan perkembangan siasatan kes ugutan rogol pelajar sekolah melalui sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya