PDRM semak semula siasatan kes Addy Kanna - Utusan Malaysia

PDRM semak semula siasatan kes Addy Kanna

ABDUL HAMID BADOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA  Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyemak semula siasatan kes Zaidi Kanapiah atau Addy Kana dan dua anggota polis yang dibebaskan serta-merta daripada tahanan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA), berkaitan sindiket judi dalam talian.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, perkara berkenaan akan diserahkan kepada timbalannya, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani untuk berbincang dengan pegawai polis yang terbabit mengendalikan kes itu.

“Datuk Seri Acryl Sani akan panggil dan berbincang dengan mereka iaitu pegawai polis terbabit kendali kes Addy Kana untuk melihat kelemahan siasatan kes berkenaan.

“Ia adalah untuk mengelakkan daripada berulang kembali kes POCA digugurkan gugur dan saya tidak mahu PDRM dilihat seolah-olah bersikap semberono sahaja menggunakan peruntukan undang-undang mengenakan POCA ikut sesuka hati tanpa kualiti yang mungkin menyebabkan seseorang itu teraniaya,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian Surat Penghargaan Tolak Rasuah PDRM di Bukit Aman di sini hari ini.

Semalam, Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat memerintahkan ketiga-tiga lelaki itu dibebaskan selepas membenarkan rayuan mereka terhadap permohonan writ habeas corpus supaya dibebaskan dengan serta-merta.

Mengulas lebih lanjut, kata Abdul Hamid, siasatan kes membabitkan sindiket judi dalam talian memang rumit dan pihak polis juga perlu mengambil kenyataan daripada pelbagai pihak untuk dinilai.

“Sekiranya cukup bukti, kami akan terus bawa ke mahkamah untuk pendakwaan dan PDRM tidak akan ambil pendekatan dengan sengaja untuk buat kerja secara sambil lewa dan kes Addy Kana akan dikaji kembali,” jelasnya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya