Patuhi larangan rentas negeri - Sanusi - Utusan Malaysia

Patuhi larangan rentas negeri – Sanusi

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor menasihatkan orang ramai supaya tidak merentas negeri pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Adilftri bulan depan.

Peringatan itu diberikannya berikutan kerajaan masih menguatkuasakan larangan rentas negeri dan diteruskan sehingga hari raya tersebut.

Beliau berkata, semua pihak harus menerima hakikat betapa pelaksanaan norma baharu yang ditetapkan sebenarnya menuntut pengorbanan demi keselamatan.

“Sebarang keputusan dibuat kerajaan tidak lain dan tidak bukan adalah untuk kebaikan orang ramai. Mungkin ada sesetengah yang terjejas dengan keputusan itu tetapi ini terpaksa dilakukan demi kepentingan semua.

“Ibu dan ayah saya juga pasti akan bersedih kerana daripada 13 anak, cuma saya saja yang berada di Kedah dan dapat meraikan Aidilfitri bersama mereka.

“Perkara sama tentu berlaku kepada ibu dan ayah orang lain tetapi kita kena reda dan menerima norma baharu agar semuanya selamat,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Mingguan Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE
habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya