Operasi mencari dua beradik lemas diperluas - Utusan Malaysia

Operasi mencari dua beradik lemas diperluas

PASUKAN Penyelamat di Air (PPDA) JBPM melakukan operasi mencari dua kanak-kanak yang hilang di Sungai Rekoh, Rompin, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: Operasi mencari dua beradik masing-masing berusia tiga tahun dan tujuh tahun yang hilang di Sungai Rekoh, di sini diperluas sehingga jarak satu kilometer dari lokasi mereka terjatuh semalam.

Ketua Balai Polis Daerah, Asisten Superintenden Mohd. Isa Bidin berkata, operasi mencari mangsa disambung semula kira-kira pukul 8 pagi ini dan pencarian ditumpukan ke arah hilir.

“Operasi membabitkan seramai 30 anggota termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menggunakan tiga buah bot.

“Selain pencarian dari permukaan, usaha mengesan mangsa di dasar juga dilakukan dengan bantuan sembilan penyelam dari Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) JBPM,” katanya ketika dihubungi di sini.

Dalam kejadian pukul 11.15 pagi itu, Putri Rama Dhania Azahra Masari dan kakaknya, Dhenis Maulida Putri terjatuh ke dalam sungai terbabit selepas motosikal yang dibonceng mereka terbalik ketika melalui jambatan gantung di lokasi berkenaan.

Bagaimanapun, ibunya yang hanya dikenali sebagai Liswati, 37, yang menunggang motosikal berkenaan terselamat apabila sempat berpaut pada jambatan berkenaan.

Mohd. Isa berkata, jarak pencarian dipertingkat sehingga satu kilometer berbanding 500 meter semalam dan arus sungai ketika ini tidak terlalu laju.

“Sekiranya mangsa gagal ditemukan sehingga pukul 6 petang ini, operasi pencarian ditangguh dan disambung semula esok,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya