MyCare lancar kempen kemanusiaan sempena Ramadan, Syawal

MyCare lancar kempen kemanusiaan sempena Ramadan, Syawal

PENGURUS Besar Econsave Malaysia, Mas Imran Adam (dua dari kanan) menyerahkan replika cek sumbangan kepada Hafidzi Mohd. Noor dalam Majlis Malam Amal Kemanusiaan MyCare di Senai, Johor. - FOTO/BAZLAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sempena kedatangan bulan Ramadan dan Syawal tidak lama lagi, pertubuhan bukan kerajaan Humanitarian Care Malaysia (MyCare) melancarkan Kempen MyRamadan untuk membantu umat Islam di negara bergolak.

Pengerusinya, Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd. Noor berkata, pihaknya menyasarkan sumbangan sebanyak RM3.5 juta dalam misi kempen berkenaan.

Jelasnya, bantuan tersebut akan diagihkan kepada umat Islam di negara yang memerlukan seperti Palestin, Yaman, Syria dan Somalia.

“Agihan bantuan berupa pek makanan asas dan hidangan berbuka puasa merangkumi makanan seperti beras, tepung, minyak masak dan kurma.

“Pakej bantuan MyRamadan ini bernilai RM50 bagi pek berbuka puasa dan RM300 bagi pek makanan,” katanya semasa menghadiri Majlis Malam Amal Kemanusiaan MyCare di Senai, semalam.

Pada majlis berkenaan, MyCare menerima sumbangan daripada beberapa pihak termasuk pasaraya Econsave, Tadika dan Taska Iman, Tadika Darul Ilmu serta orang perseorangan.

Justeru itu, Hafidzi menyeru semua masyarakat untuk membantu umat Islam yang sedang menderita kebuluran, kesengsaraan dan berdepan ujian semasa mengharungi Ramadan tahun ini.

Orang ramai boleh menghulurkan sumbangan ke akaun Bank CIMB Islamic MyCare bernombor 8602135592 atau secara dalam talian di http://mycare.grd.by/ramadan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya