Murid dipukul guru dikhuatiri trauma - GPMS - Utusan Malaysia

Murid dipukul guru dikhuatiri trauma – GPMS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR:  Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kuala Kedah mengecam tindakan seorang guru yang didakwa memukul seorang murid tahun tiga di sebuah sekolah kebangsaan di Kuala Kedah  semalam.

Yang Dipertuanya, Amirul Syahir Musa berkata, tindakan guru tersebut boleh mendatangkan trauma terhadap murid lelaki terlibat.

Menurut beliau, pihaknya juga bimbang kejadian menimpa murid berkenaan akan menganggu pembelajaran, perubahan sikap dan kendiri dirinya.

“Guru-guru kena mendidik dengan baik dan jangan sampai mencederakan murid. Seorang guru tidak sepatutnya melakukan hal sedemikian.

“Saya berharap kes ini disiasat secara teliti oleh pihak berkuasa agar kejadian sama tidak berulang,” katanya dalam satu kenyataan di sini= hari ini.

Semalam, tular di media sosial seorang ibu mendakwa anaknya dipukul hingga berbirat dan bengkak anggota badan, selain luka di beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir mengesahkan menerima laporan daripada  ibu murid berusia sembilan tahun itu  dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Menurut beliau, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) juga perlu menyiasat dan mengambil tindakan terhadap guru terlibat.

“Dalam masa terdekat saya akan menziarahi mangsa murid dan mengharapkan murid itu kekal bersemangat belajar demi kejayaannya,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya