PETALING JAYA: Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menamakan anakandanya yang genap tujuh hari ini dengan nama Muhammad Afwa.Siti memberitahu, Muhammad Afwa dipilih kerana nama itu membawa makna keampunan atau kemaafan.
“Alhamdulillah Barakallah… Anakanda #Muhammad_Afwa moga mnjadi anak baik lagi soleh. Berjaya cemerlang dunia dan akhirat besrta didlm limpahan rahmat dn redhaNya.
“Penyejuk mata penawar hati ibu ayah dan sesiapa yang memandang,” tulis Siti di Facenook malam tadi.
Penyanyi tersohor itu melahirkan bayi puteranya itu di sebuah pusat perubatan di Selangor pada pukul 6.21 pagi 19 April lalu.
Afwa adalah anak kedua Siti dan selepas Siti Aaffiyah yang kini berusia tiga tahun. – UTUSAN