MR. D.I.Y. lancar `Raya Kami Termurah' - Utusan Malaysia

MR. D.I.Y. lancar `Raya Kami Termurah’

MR. D.I.Y. melancarkan promosi `Raya Kami Termurah' sempena Ramadan dan Aidilfitri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Syarikat peruncit perkakas rumah pilihan rakyat Malaysia MR. D.I.Y. giat memastikan sambutan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dapat dinikmati semua.

Juadah istimewa hari raya, diskaun, promosi dan jualan murah, semuanya ada untuk mereka menyambut musim perayaan tanpa perlu khuatir perlu berbelanja secara berlebihan.

Kuih-muih dan juadah raya kegemaran semua seperti badam coklat, kacang gajus, cip coklat badam, badam cair, tart nanas dan coklat swiss adalah antara tumpuan utama.

Bercakap ketika perasmian promosi `Raya Kami Termurah’, Naib Presiden Pemasaran
Kumpulan MR. D.I.Y., Andy Chin berkata, Ramadan adalah bulan memupuk
semangat kekitaan dan harmoni walaupun banyak keluarga yang terpisah secara fizikal.

“Sebagai rakyat Malaysia, semangat kekitaan ini tersemat dalam hati ketika menyambut
musim perayaan.

“Oleh itu, kami berbesar hati memperkenalkan pelbagai jenis kuih raya, yang boleh didapati di lebih 280 cawangan di seluruh negara,” katanya.

Menurut beliau, MR. D.I.Y. turut melancarkan promosi istimewa kepada lebih daripada 150 barangan penting pada musim perayaan dengan diskaun sehingga 30 peratus termasuk pilihan barangan dekorasi seperti alas meja, pasu kayu dan kaca, lampu pelita, sejadah dan macam- macam lagi barangan eksklusif raya.

Sebanyak 20 peratus lagi diskaun diberikan untuk produk-produk jenama terkemuka seperti Ambi Pur, Mr Muscle, Energizer, Pantene dan lain-lain.

Selain promosi di kedai, MR. D.I.Y. turut memperkenalkan promosi dalam talian dengan diskaun barang-barang kelengkapan rumah yang bermula dari sekarang hingga 22 April.

Selepas berakhir promosi, MR. D.I.Y. akan mengadakan acara bonanza istimewa pada 23 April, dengan jualan barang dengan harga RM1, hadiah dalam setiap pembelian dan pemberian baucar.

Jualan murah ini turut dimeriahkan dengan peraduan Raya Shop & Win pada 4 Mei, dengan hadiah lumayan berupa Set Gerudi Pro Fixman hingga ke baucar tunai atas talian berjumlah RM50.

“Inilah masanya untuk kita meraikan warisan, tradisi, keluarga dan komuniti kita. Kami
adalah syarikat tempatan yang sangat terhutang budi dengan kejayaan syarikat kami di
Malaysia.

“Dengan memperkenalkan promosi hari raya ini di kedai dan secara atas talian,
kami gembira rakyat Malaysia dapat menikmati musim perayaan, sama ada di rumah
bersama keluarga, atau melalui pembelian hadiah yang dihantar ke keluarga mereka dan juga sahabat-0handai tidak kira jauh ataupun dekat. Diharap sambutan perayaan tahun ini dapat dinikmati oleh semua,” kata Andy. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN