Muafakat Nasional masih boleh diselamatkan - Tuan Ibrahim 

MN masih boleh diselamatkan – Tuan Ibrahim 

TUAN Ibrahim Tuan Man dalam sidang akhbar selepas merasmikan Ekspedisi Sungai Nerus di Kampung Tanjung Sabtu, Kuala Nerus hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pas yakin jalinan kerjasama dengan UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) masih boleh diselamatkan dalam usaha mempertahankan agenda penyatuan ummah di negara ini.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sehingga kini parti itu kekal dengan asas untuk mempertahankan perpaduan sebagaimana deklarasi yang ditandatangi kedua-dua pihak pada 14 September 2019.

Katanya, walaupun Pas merupakan parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) namun tidak bermakna hubungannya dengan UMNO dalam MN terputus.

“Cukuplah kita berpecah selama 50 ke 60 tahun, sekarang masanya untuk kita duduk bersama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), ruang itu masih ada.

“Saya yakin masih boleh diselamatkan sebab MN merupakan kerangka penyatuan ummah yang mengatasi kerangka parti politik dan bagi kita kerangka itu lebih besar,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Ekspedisi Sungai Nerus di Kampung Tanjung Sabtu, di sini hari ini. 

Semalam, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi bayangan akan meninggalkan MN kerana mendakwa ia sudah menyeleweng daripada matlamat asas sebalik meminta semua parti menyertai Perikatan Nasional (PN).

Abdul Hadi dilaporkan berkata, jika mahu menyelamatkan negara semua kumpulan Islam mesti menyertai pakatan baharu, PN bersama-sama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang berteraskan Islam memimpin dan berintegriti.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, Pas menghargai hasrat UMNO di samping Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk terus bekerjasama dengan parti berkenaan sekali gus bersedia menjadi pendamai dalam perbalahan politik kedua-dua rakannya.

“Sekarang menjadi peranan Pas supaya kedua-dua pihak iaitu UMNO dan Bersatu dapat duduk bersama ke arah persiapan PRU-15,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya