Minyak masak subsidi gagal diseludup ke Thailand - Utusan Malaysia

Minyak masak subsidi gagal diseludup ke Thailand

MINYAK masak paket yang dirampas PGA ketika kenderaan itu melalui operasi Sekat Pintas Pos Nibong, Pengkalan Kubor, Kelantan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan mematahkan cubaan menyeludup 850 kilogram (kg) minyak masak paket bersubsidi ke Thailand selepas menahan sebuah kereta Proton Iswara Aeroback di sini semalam.

Kenderaan itu ditahan semasa melalui operasi Sekat Pintas Pos Nibong, Pengkalan Kubor pada pukul 12.15 tengah malam.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7,  Superintenden Azhari Nusi berkata, pihaknya turut menahan pemandu kereta berusia 46 tahun bagi membantu siasatan berhubung rampasan yang semuanya berjumlah RM6,550.

“Pemeriksaan ke atas kenderaan itu menjumpai kotak-kotak berwarna coklat berisi minyak masak yang dipercayai untuk diseludup ke Thailand,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azhari memberitahu, saringan air kencing  mendapati pemandu kereta itu positif dadah jenis Methamphetamine.

“PGA akan memperketatkan kawalan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini menerusi Op Benteng Covid-19 bagi mengekang jenayah rentas sempadan,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya