Melayu 'hilang' kerusi dominan jika terus bertelagah - Utusan Malaysia

Melayu ‘hilang’ kerusi dominan jika terus bertelagah

KERATAN akhbar Utusan Malaysia semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sememangnya 120 kerusi Parlimen dominan Melayu di negara ini sentiasa menjadi rebutan dan tidak mustahil sebahagian daripadanya ‘hilang’ jika kaum itu terus bertelagah sesama sendiri.

Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), ahli politik parti-parti Melayu dominan sewajarnya bersatu dan berhenti berbalah kerana akhirnya yang rugi adalah kaum itu sendiri.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pensyarah Sains Politik Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Raub, Muhammad Ariff Asyrul Adnan berkata, dalam politik, kebarangkalian itu boleh berlaku jika berterusan krisis antara parti-parti Melayu dominan tidak selesai.

Jelasnya, situasi politik Malaysia khususnya dalam konteks politik Melayu semakin menggusarkan dengan pertelingkahan dalaman Perikatan Nasional (PN) yang begitu dominan dengan ahli politik Melayu semakin sukar dikawal dan mencapai titik temu.

Katanya, ia juga petanda bahawa simbol kekuasaan sentiasa menjadi tumpuan utama bagi kalangan ahli politik Melayu yang menjadi punca jatuhnya kekuasaan politik kaum itu sejak dahulu.

“Jika berterusan begini, yang rugi adalah masyarakat Melayu sekali gus menjustifikasikan bahawa masyarakat Melayu sebenarnya sukar untuk membentuk kesatuan antara satu sama lain.

“Ini kerana ahli politik adalah wakil suara rakyat. Jika sibuk berpolitik saja, bagaimana mahu menguruskan negara lebih-lebih lagi kita masih berhadapan dengan situasi getir Covid-19,” katanya di sini semalam.

Akhbar ini semalam menyiarkan kenyataan penganalisis isu-isu semasa, Datuk Dr. Ahmad Faris Abdul Halim yang bimbang dengan situasi ahli politik Melayu bertelagah sesama sendiri, asyik hanya memaki hamun, sementara kaum lain menjadi juara pemecahan.

Untuk menjadi kerajaan pada 2023, parti-parti Melayu mesti menang 120 kerusi Parlimen di Semenanjung daripada jumlah 165 kerusi semuanya.

Mengulas lanjut, Muhammad Ariff Asyrul berkata, pada PRU-15, jangan disalahkan rakyat jika mereka tidak turun mengundi khususnya pengundi dalam kalangan orang Melayu itu sendiri.

Ini kerana, katanya, sindrom kemuakan terhadap ahli politik kini jelas dipertonton oleh rakyat terutama di media sosial. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya