Medan Selera Mutiara musnah terbakar dibangunkan semula - Utusan Malaysia

Medan Selera Mutiara musnah terbakar dibangunkan semula

MEDAN Selera Mutiara di Tanjung Bungah, Pulau Pinang yang musnah dalam kebakaran tahun lalu akan dibina semula dengan kos bernilai RM3.49 juta dan dijangka akan beroperasi Januari tahun depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Medan Selera Mutiara di Tanjung Bungah, di sini yang terlibat dalam kebakaran tahun lalu akan dibina semula dengan kos bernilai RM3.49 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari berkata, medan selera berkenaan perlu dibina semula memandangkan strukturnya tidak boleh lagi digunakan kerana sebahagian besar bumbung dan gerai musnah dalam kebakaran tersebut.

Jelas beliau, projek itu dijangka bermula Julai ini dan siap akhir tahun ini.

“Kami berharap memperoleh Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) dan Medan Selera Mutiara yang baharu dapat memulakan operasi pada Januari tahun depan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam kejadian 7 November tahun lalu, medan selera itu yang menjadi tumpuan orang ramai khususnya para pelancong hampir musnah sepenuhnya dalam kebakaran, namun tiada mangsa terlibat.

Menurut Zairil, Medan Selera Mutiara yang dibangunkan semula itu
menjadi medan selera awam yang mempunyai perakuan indeks bangunan hijau (GBI) pertama di Pulau Pinang.

Tambahnya, premis itu mempunyai ciri-ciri mesra alam seperti sistem penuaian hujan dan direka bentuk semula supaya dapat memberikan pencahayaan dan pengudaraan secara semula jadi.

Tambahnya, medan selera itu masih menjadi medan selera satu tingkat dan mempunyai ruang penyimpanan, surau dan pejabat.

Dalam pada itu, katanya, bagi 33 penjaja yang terjejas, mereka telah dipanggil untuk ditemuduga bagi ditawarkan gerai penjaja di lokasi lain.

“Hanya 27 yang hadir untuk ditemuduga, sembilan menerima tawaran untuk membuka gerai mereka di kompleks lain sementara 18 yang lain memilih untuk menunggu medan selera ini siap dibina,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya