MBS benar 20 penjaja berniaga semula - Utusan Malaysia

MBS benar 20 penjaja berniaga semula

ZAZALI Salehudin (dua dari kanan) menyerahkan risalah bahan promosi berkaitan Covid-19 kepada Ahli Majlis MBS pada majlis di Wisma MBS di Seremban hari ini. - UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai 20 penjaja di luar sebuah pasar raya di Nilai yang diarahkan menutup operasi perniagaan diberi kebenaran berniaga semula hari ini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Datuk Zazali Salehudin berkata, pihaknya menerima aduan daripada peniaga bazar Ramadan berdekatan bahawa kesemua mereka sebelum ini berniaga tanpa permit.

“Bagaimanapun, kami membenarkan dan memberi kelulusan hari ini bagi memberi peluang kepada mereka berniaga di luar pasar raya berkenaan. Insya-Allah esok mereka akan mula berniaga.

“Mereka yang terlibat telah memohon permit dan diberikan kelulusan. Saya dimaklumkan 20 peniaga itu adalah mereka yang dibuang kerja ketika pandemik Covid-19 dan menjalankan perniagaan untuk mencari sumber pendapatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bahan Promosi Berkaitan Covid-19 di Wisma MBS dekat sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN