MB Perak kembali bertugas 4 Mei - Utusan Malaysia

MB Perak kembali bertugas 4 Mei

SAARANI MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad dijadual kembali bertugas pada 4 Mei ini sebaik sahaja selesai menjalani proses kuarantin selama 11 hari setelah dikesan sebagai kontak rapat kepada individu yang disahkan positif Covid-19.

Menteri Besar menjadi antara kontak rapat dengan individu berkenaan ketika menghadiri satu program di Lenggong pada 23 April lalu.

Difahamkan, individu berkenaan disahkan positif Covid-19 pada Selasa lepas dan Kementerian Kesihatan menghubungi kontak rapat itu bagi tindakan lanjut.

Berdasarkan penilaian risiko dilakukan kementerian itu, Menteri Besar diberikan surat perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) selama 11 hari iaitu dari hari kontak rapat berlaku dan dipakaikan gelang pengawasan.

“Sehubungan itu, Menteri Besar menjalani kuarantin kendiri di kediaman rasmi dan mendapatkan nasihat daripada pihak kementerian serta Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari semasa ke semasa,” kata kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Menteri Besar Perak hari ini.

Kenyataan itu menyebut, sebagai langkah berjaga-jaga, Menteri Besar juga melakukan ujian saringan pengesanan Covid-19 pada pukul 2.30 petang tadi dan keputusannya dijangka diketahui esok.

“Kesemua program rasmi Menteri Besar yang dijadual sehingga 3 Mei adalah dibatalkan dan beliau dijangka memulakan semula tugas pada 4 Mei ini, tertakluk kepada nasihat Kementerian Kesihatan dan MKN.

“Perkembangan ini tidak menjejaskan perjalanan pentadbiran kerajaan negeri memandangkan Menteri Besar bekerja dari rumah dan bersedia mempengerusikan mesyuarat secara sidang video jika perlu,” ujar kenyataan itu.

Semalam, Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Sham Mat Sahat mengesahkan Saarani menjalani kuarantin di rumah mulai semalam setelah dikesan mempunyai kontak rapat dengan individidu yang disahkan positif Covid-19 dalam satu majlis di Lenggong baru-baru ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya