Mayat lelaki ditemukan terapung  - Utusan Malaysia

Mayat lelaki ditemukan terapung 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan tidak sempurna berhampiran Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Batu Maung, di sini hari ini. 

Mayat yang masih lengkap berpakaian iaitu berseluar pendek dan baju T itu dijumpai terapung di perairan tersebut kira-kira pukul 9.30 pagi. 

Difahamkan, penemuan mayat lelaki tersebut disedari nelayan pantai yang melalui kawasan berkenaan lalu  menghubungi pasukan polis untuk tindakan lanjut. 

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Nor Fairus Osman berkata, pihaknya menerima panggilan bantuan mengangkat mayat daripada pasukan polis pukul 9.52 pagi tadi. 

Menurutnya, tindakan anggota yang lengkap dengan Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) menaiki sebuah bot polis Marin bagi melakukan kerja-kerja mengambil mayat di lokasi kejadian. 

“Mayat lelaki tersebut ditemukan dalam keadaan tertiarap manakala anggota badannya didapati sudah tidak sempurna iaitu tiada bahagian kaki dan tangan. 

“Kerja-kerja mengangkat mayat ke atas bot mengambil masa kurang 10 minit dan kemudiannya dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin di Batu Uban,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Tambahnya, operasi tersebut tamatkan sepenuhnya pada pukul 12.37 tengah hari. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya