Mayat bertutup daun dalam kebun getah - Utusan Malaysia

Mayat bertutup daun dalam kebun getah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Mayat seorang lelaki dengan kesan kecederaan di pipi dan kepala serta ditutupi daun ditemukan di kebun getah di Kampung Banggol Batu dekat Lenggong di sini hari ini.

Mayat Jamaluddin Hamzah, 55, beralamat di Kampung Biong, Sauk itu ditemukan orang awam  pada pukul 12.10 tengah malam.  

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, semasa ditemui mayat mangsa  masih lengkap berpakaian terletak antara pokok-pokok getah dengan ditutupi daun.

Menurut beliau, pemeriksaan mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan di pipi kanan, kepala dan belakang kepala selain kesan darah di kedua-dua telinga.

“Pemeriksaan oleh pegawai perubatan menyatakan mangsa mungkin dipukul menggunakan objek keras,” katanya di sini hari ini.

Anuar berkata, lokasi mayat ditemui ialah  kira-kira 300 meter dari jalan utama Banggol Batu.  

“Seorang lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu telah ditangkap pada pukul 2 pagi di rumahnya di Lenggong,” katanya.

Tambah beliau, mayat mangsa dibedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh dan mendapati punca kematian  akibat pukul objek di dada.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya