Masih ada harapan skuad hoki ke Olimpik Tokyo - Utusan Malaysia

Masih ada harapan skuad hoki ke Olimpik Tokyo

SULAIMAN Md. Ali (tengah) ditemani Hasim Hasan (kiri) dan Ahmad Shapawi (kanan) menunjukkan hasil imbasan kod QR sebagai simbolik sokongan terhadap kontinjen negara pada Program Jelajah Sokongan Kontinjen Road To Tokyo 2020 di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Skuad hoki lelaki negara masih mempunyai harapan untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 meskipun sehingga kini Afrika Selatan belum membuat keputusan untuk menyertai temasya sukan terbesar dunia itu.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, nasib skuad negara kini bergantung sepenuhnya kepada keputusan Afrika Selatan sama ada mereka benar-benar mahu menarik diri atau tidak.

Menurut beliau, MSN bersama persatuan telah lama bersedia dengan melaksanakan latihan pusat sejak Jun tahun lepas, bukan sahaja untuk menghadapi Olimpik malah pelbagai lagi program yang dirancang.

“Baru-baru ini juga kita telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan Great Britain dan Jepun yang mana kedua-dua pasukan ini telah layak ke Olimpik.

“Kalau ada pasukan yang menarik diri, kita sebenarnya sudah bersedia menggalas cabaran ini jika benar pasukan hoki negara layak ke Tokyo,” katanya kepada pemberita pada pelancaran program Jelajah Sokongan Kontinjen Road To Tokyo 2020 di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, semalam.

Yang hadir sama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Hasim Hasan; Pemangku Pengarah MSN Melaka, Tan Gek Chu dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Noorman Ramlan.

Melaka adalah destinasi kedua selepas Johor untuk Program Jelajah Sokongan Kontinjen Road To Tokyo 2020 yang bertujuan untuk menyemarakkan semangat ‘Demi Malaysia’ sempena Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Sebelum ini, tular dalam media sosial mengatakan skuad hoki negara yang berada pada kedudukan ke-11 dunia, adalah pasukan gantian pertama akan dipanggil Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) bagi menggantikan Afrika Selatan.

Ia berikutan dakwaan Afrika Selatan berdepan masalah kewangan dan memerlukan dana RM1 juta meliputi kos pengangkutan, penginapan dan perlawanan ujian di benua Asia bagi menyertai Sukan Olimpik 2020 di Jepun.

Sementara itu, Ahmad Shapawi menambah, senarai akhir atlet yang layak ke sukan Olimpik hanya akan diketahui awal Julai depan, memandangkan proses kelayakan ditentukan oleh persatuan sukan antarabangsa masing-masing. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya