Maserati perkenal Levante Hybrid, SUV hibrid pertamanya - Utusan Malaysia

Maserati perkenal Levante Hybrid, SUV hibrid pertamanya

Levante Hybrid menawarkan kelajuan yang lebih berbanding kenderaan diesel, lebih mampan berbanding penggunaan diesel atau gasolin serta keunikan pada cirinya yang spesifik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Maserati SPA memperkenalkan satu lagi kereta hibridnya selepas memulakannya melalui pelancaran Ghibli Hybrid tahun lalu.

Kali ini, jenama kenderaan mewah dari Itali itu meneroka pasaran kenderaan utiliti sukan (SUV) pula melalui Levante Hybrid yang dilancarkan di Shanghai Auto Show serta acara maya yang diadakan d laman web rasminya.

Dengan slogan “lebih laju, lebih hijau, unik”, Levante Hybrid menawarkan kelajuan yang lebih berbanding kenderaan diesel, lebih mampan berbanding penggunaan diesel atau gasolin serta keunikan pada cirinya yang spesifik.

Menurut Maserati, kereta tersebut menggabungkan enjin empat silinder, dua liter dengan sistem hibrid 48 volt bagi memulihkan tenaga ketika pengurangan kelajuan dan pembrekan.

Katanya, kereta hidbrid itu lebih ringan berbanding kenderaan berenjin enam silinder (kedua-dua diesel dan gasolin).

Ia juga mempunyai agihan berat lebih baik memandangkan baterinya diletakkan di bahagian belakang tanpa mengganggu kapasiti muatan dan menyeimbangkan jisim kenderaan secara optimum.

“Semua reka bentuk ini untuk menjadikan Levante Hybrid lebih lincah dan seronok dipandu.

“Terima kasih kepada output kuasa maksimum sehingga 330hp dan tork 450Nm diperoleh dari hanya 2,250 rpm, data prestasi Levante Hybrid baharu sangat mengagumkan.

“Kelajuan maksimum pada 240 kilometer sejam dan pecutan 0 hingga 100 kilometer sejam dalam enam saat,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

SUV tersebut hadir dalam pilihan warna tiga salutan metalik baharu yang dinamakan sebagai Azzurro Astro yang tersedia sebagai sebahagian daripada program pelangganan, Maserati Fuoriserie. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya