Perbicaraan kes rogol: Mangsa tidak diajar berbohong - Saksi

Kes rogol pembantu rumah: Mangsa tidak diajar berbohong – Saksi

RIKI Sapari pada perbicaraan kes rogol pembantu rumah warga Indonesia melibatkan Paul Yong Choo Kiong di Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini. - FOTO/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pegawai dari Kedutaan Besar Republik Indonesia tidak bersetuju bahawa pembantu rumah Indonesia yang bekerja di rumah bekas Exco Kerajaan Negeri, Paul Yong Choo Kiong telah diajar untuk berbohong.

Riki Sapari yang merupakan saksi pendakwaan ketiga menyatakan keadaan mangsa yang kedengaran panik dan ketakutan ketika menghubungi kedutaan adalah natural dan tiada siapa yang mengajarnya.

Jamil Aripin: Semasa menerima panggilan telefon daripada mangsa, aduan yang dibuat adakah pelecehan (gangguan) seksual atau pemerkosaan?

Riki Sapari: Mangsa mengatakan kepada saya, dia sudah diperkosa.

Jamil Aripin: Semasa disoal balas oleh peguam, mereka mencadangkan mangsa tidak pernah diperkosa dan anda tidak bersetuju. Mengapa?

Riki Sapari: Kerana mangsa mengatakan kepada saya bahawa dia sudah diperkosa oleh majikannya.

Jamil Aripin: Peguam juga mencadangkan yang anda berbohong tentang mangsa diperkosa dan anda tidak bersetuju. Mengapa?

Riki Sapari: Kerana saya mengatakan apa yang saya dengar dan diucapkan oleh pengadu.

Jamil Aripin: Semasa mangsa menghubungi anda, adakah terdapat tanda atau bunyi seolah-olah mangsa berada dengan orang lain ketika itu?

Riki Sapari: Tiada tanda-tanda atau suara-suara, bunyi lain pada saat mangsa berbicara dengan saya

Jamil Aripin: Semasa disoal balas, anda tidak setuju apabila peguam mencadangkan mangsa diajar untuk bercakap begitu. Mengapa?

Riki Sapari: Daripada cara mangsa berbicara dalam keadaan terdengar menangis, panik dan ketakutan, saya berpendapat ia natural. Tiada siapa yang mengajar mangsa untuk berkata demikian.

Riki berkata demikian ketika disoal balas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Jamil Aripin dalam perbicaraan kes rogol Choo Kiong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh di hadapan Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Pada 23 Ogos 2019, Choo Kiong yang juga bekas Pengerusi Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu negeri didakwa merogol seorang wanita di dalam sebuah bilik di tingkat atas sebuah rumah di Meru Desa Park, Bandar Meru Raya.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan antara pukul 8.15 hingga 9.15 malam, 7 Julai 2019.

Pertuduhan terhadap beliau dilakukan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya