Majikan kejam, kurung 22 pekerja restoran, bayar gaji RM10

Majikan kejam, kurung 22 pekerja restoran, bayar gaji RM10

SEBAHAGIAN daripada 22 pekerja restoran yang diselamatkan di sebuah restoran di Taman Chi Liung, Klang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan kejam majikan yang sanggup mengurung pekerjanya terbongkar selepas 22 warga asing diselamatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sebuah restoran di Taman Chi Liung, Klang dekat sini hari ini.

Bukan sahaja, pekerja asing itu juga dibayar gaji RM10 sehari, malah mangsa juga akan dihukum potong gaji sekiranya mengambil makanan berlauk.

Menerusi serbuan Op Pintas Bersepadu yang dilakukan kira-kira pukul 12.45 malam tadi dilakukan hasil maklumat dan risikan.

Ketua Penolong Pengarah D3 JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, bertindak atas maklumat Bahagian (D3) Pencegahan Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama Pasukan Petugas Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO) Kementerian Dalam Negeri (KDN) kemudiannya menyerbu sebuah restoran dan dua asrama pekerja berkenaan.

Kata beliau, sebanyak 22 pekerja warga asing berusia lingkungan 23 hingga 44 tahun membabitkan 11 wanita warga Indonesia dan 11 lelaki warga India diselamatkan.

“Selain itu, kami menahan tiga lelaki tempatan berusia 29 hingga 60 tahun yang juga majikan serta penjaga premis berkenaan.

“Tangkapan dibuat untuk siasatan berkaitan eksploitasi buruh paksa, gaji yang dibayar tidak seperti dijanjikan, semua pekerja dikurung di asrama dan menerima ugutan daripada majikan dan penjaga,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Fadil memberitahu, sebanyak 40 pasport, dua telefon bimbit, sebuah kereta jenis BMW dan wang tunai dipercayai hasil perniagaan berjumlah RM3,858 turut dirampas.

kata beliau, siasatan awal mendapati majikan gagal membayar gaji RM1,500 sebulan seperti yang dijanjikan dan hanya membayar RM10 sehari sahaja, selain mengurung mangsa selepas waktu bekerja.

“Waktu bekerja mereka juga panjang iaitu 12 jam dan tiada hari cuti. Mangsa juga tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit walaupun selepas waktu kerja dan kebenaran harus diperoleh oleh majikan sekiranya mahu menggunakan telefon.

“Mangsa akan diugut pukul jika cuba melarikan diri selain makan yang dicatu. Jika mereka ambil makanan berlauk, gaji akan ditolak,” jelasnya.

Kata beliau, tempat tinggal yang disediakan untuk pekerja-pekerja berkenaan juga tidak mengikut piawaian Akta 446.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959 dan 1963 dan Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya