Lima termasuk Datuk direman enam hari - Utusan Malaysia

Lima termasuk Datuk direman enam hari

LELAKI bergelar Datuk yang ditahan semalam bagi membantu siasatan berhubung pengeluaran Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan lima individu termasuk seorang bergelar Datuk direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung pengeluaran Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu.

Majistret Fatina Amyra Abdul Jalil membenarkan perintah reman terhadap semua individu berusia 33 hingga 43 tahun itu direman bermula hari ini.

Semalam, satu sindiket terbesar yang terlibat dalam pengeluaran PLKS palsu yang menyebabkan kerugian kepada hasil kerajaan dalam bentuk levi pekerja asing mencecah ratusan juta ringgit tumpas.

Dalam operasi dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu, lima individu termasuk ketua sindiket yang bergelar Datuk ditahan dalam operasi besar-besaran di 22 lokasi sekitar Kuala Lumpur sejak awal pagi ini.

Menurut sumber, kesemua mereka telah ditahan hasil risikan yang dijalankan oleh SPRM dan Jabatan Imigresen sejak setahun yang lalu.

Kata sumber, sindiket dengan kerjasama ‘orang dalam’ telah berjaya menggodam pangkalan data imigresen dengan memasang transmitter untuk membolehkan anggota sindiket untuk menukar kata laluan pegawai imigresen dan seterusnya mencetak PLKS dari pusat operasi mereka di luar pejabat imigresen.

“Ini merupakan suatu pencerobohan ke dalam pangkalan data agensi kerajaan dan merupakan isu kebocoran keselamatan yang sangat serius.

“Keupayaan ahli-ahli sindiket menggodam sistem komputer imigresen membolehkan mereka mencetak PLKS dan menjualnya kepada warga asing yang bekerja secara haram di negara ini.

“Dianggarkan ratusan ribu PLKS palsu telah dicetak oleh sindiket ini dengan bayaran antara RM6,000 hinggq RM8,000 bagi setiap PLKS,” kata sumber itu. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya