Lima PATI tangkap ikan zon larangan ditahan - Utusan Malaysia

Lima PATI tangkap ikan zon larangan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak menahan lima pendatang tanpa izin (PATI) yang bekerja dalam sebuah bot nelayan tempatan kelas C di kedudukan 6.2 batu nautika barat daya Pulau Jarak, dekat sini hari ini.

Pengarah Maritim Malaysia Perak, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, Kapal Maritim (KM) Nyalau yang sedang melaksanakan Op Benteng di sekitar perairan Pulau Jarak mengesan sebuah bot nelayan dalam keadaan mencurigakan pada pukul 9.15 pagi.

“Pemeriksaan lanjut mendapati bot dikendalikan oleh lima kru termasuk tekong warga Myanmar berusia dalam lingkungan 21 tahun hingga 31 tahun.

“Empat daripada kru tiada sebarang dokumen pengenalan diri yang sah manakala seorang lagi kru memiliki permit yang tamat tempoh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Shahrizan, tekong dan kru serta bot ditahan dan diiring masuk ke Pusat Tahanan Vesel (PTV) Kampung Bharu Sitiawan untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Jelasnya, mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan di zon yang dilarang dan menggunakan pukat tunda, serta Akta Imigresen 1959/63 kerana menggunakan kru warga asing yang tiada dokumen pengenalan diri yang sah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya