Lembaga Disiplin UMNO tiada kuasa - Zulhasnan Rafique

Lembaga Disiplin UMNO tiada kuasa

ZULHASNAN RAFIQUE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Disiplin UMNO tiada kuasa melucutkan mana-mana jawatan dipegang pemimpin UM­NO yang terlibat dalam salah laku yang didakwa di mah­ka­mah.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusinya, Tan Sri Zulhasnan Rafique berkata, ia sebuah badan bebas dan tiada kuasa terletak di bawah Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan.

“Lembaga Disiplin adalah sebuah badan bebas dan tidak terlibat dengan perjalanan politik parti, justeru itu tidak akan memberikan komen untuk kes-kes salah laku tata etika UMNO.

“Apa-apa pengumuman ber­kaitan aduan dan keputusan-keputusan kes salah laku tata etika ahli UMNO akan dimaklum Setiausaha Agong UMNO Ma­laysia,” katanya.

ADENAN SEMAN

UMNO pada 16 April 2009 menetapkan duluan (precedent) dengan menggunakan Fasal 10.10 Perlembagaan parti itu un­tuk menggugurkan Datuk Su­haili Abdul Rahman daripada jawatan Ketua UMNO Bahagian Labuan.

Fasal itu berkenaan mana-mana pemimpin dalam parti yang memegang jawatan dan mempunyai kes mahkamah, automatik jawatannya digugurkan dan dikembalikan semula selepas kesnya selesai.

Bagaimanapun, perkara itu dipersoal Suhaili, mengapa peraturan tersebut tidak diguna pakai kepada ahli Majlis Tertinggi (MT) yang terlibat, termasuklah Presiden UMNO itu sendiri.

“Apakah peraturan itu hanya kepada rakyat marhaen macam saya? Kepada Ahli Majlis Ter­tinggi? Setiausaha dan Presiden bagaimana? Sedangkan saya punya kes tidak libatkan rasuah, salah guna kuasa, merompak. Saya digugurkan dan dipecat. Kenapa zaman itu terpakai tapi sekarang tidak terpakai?

“Ini maknanya UMNO ‘double standard’ sebab peraturan itu sepatutnya digunakan kepada Ahmad Zahid sekali, sebab peraturan ini telah digunakan pada 2009.sekarang, adil tak adil kepada ahli lain?”

MUHAMMAD MUHAMMAD TAIB

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, keputusan Majlis Tertinggi UMNO pada 2009 mungkin ditimbulkan dalam mesyuarat MT Ahad ini bagi meminta pemimpin berdepan kes mahkamah ‘berehat’ daripada terus memegang jawatan.

Pengamal Undang-Undang, Datuk Adnan Seman berkata, soal penggantungan jawatan itu diputuskan melalui satu me­syuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 29 Mei 2009 yang di­pengerusikan

Presiden UMNO ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak setelah menerima syor Jawatankuasa Pengurusan parti.

Dalam hal itu, katanya, MT UMNO mempunyai kuasa penuh menentukan sama ada jawatan mana-mana pemimpin parti berkenaan boleh digantung atau perlu ‘dicutikan’ sehingga kes pendakwaan mereka di mahkamah selesai.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, peraturan itu dilihat tidak lagi digunakan ketika ini biarpun ada dalam kala­ngan pe­mimpin tertinggi parti ma­sih terus memegang jawatan walaupun berdepan kes mahkamah.

Turut melontarkan pendapat yang sama, Bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dengan berkata, mana-mana pemimpin UMNO yang berdepan pertuduhan mahkamah harus berehat daripada parti atau meletak jawatan kerana mereka meninggalkan tanggapan buruk dalam kala­ngan rakyat.

Katanya, kegagalan berbuat demikian boleh menjejaskan re­putasi parti Melayu tersebut sekali gus menjauhkan soko­ngan rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya