Lelaki Pakistan cuba rasuah polis didenda RM4,000  - Utusan Malaysia

Lelaki Pakistan cuba rasuah polis didenda RM4,000 

Fazal Wadood bersama peguamnya di Mahkamah Sesyen Alor Setar pada 12 April 2021.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang lelaki Pakistan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah menawarkan suapan RM100 kepada seorang anggota polis, tahun lalu.

Fazal Wadood, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Murtazadi turut memerintahkan tertuduh yang bekerja sebagai buruh dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menawarkan suapan kepada anggota polis berpangkat koperal dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

Ia sebagai dorongan  tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap rakan tertuduh kerana tinggal di negara ini melebihi tempoh.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan tertuduh di susur keluar Plaza Tol Pendang dekat sini  pukul 10.45 malam, 5 Disember tahun lalu. 

Berdasarkan fakta kes, tertuduh telah ditahan koperal polis tersebut dalam sekatan jalan raya berdekatan plaza tol berkenaan.

Fazal dibebaskan selepas membayar denda yang dikenakan itu.habis.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya