Lelaki maut rempuh lori rosak - Utusan Malaysia

Lelaki maut rempuh lori rosak

MOTOSIKAL jenis Honda EX5 ditunggang Mohd. Najib Che'mat merempuh bahagian belakang sebuah lori rosak yang berhenti di lorong kecemasan di Lebuh AMJ, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Lelaki maut apabila motosikal ditunggangi merempuh bahagian belakang sebuah lori rosak yang berhenti di lorong kecemasan di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, mangsa, Mohd. Najib Che’mat, 37, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, sebelum kejadian, sebuah lori jenis Hino yang membawa muatan barangan logam dari arah Alor Gajah ke Melaka dikatakan telah mengalami kerosakan dan berhenti di lorong kecemasan.

“Mangsa menunggang motosikal jenis Honda EX5 yang kemudian menuju ke lokasi bagaimanapun dipercayai tidak menyedari lori tersebut berada dalam keadaan pegun lalu merempuh bahagian belakang kenderaan tersebut.

“Akibat kemalangan itu, mangsa yang bekerja sendiri mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Tambahnya, siasatan lanjut di lokasi mendapati, jalan di situ mempunyai dua lorong dan merupakan kawasan mendaki bukit.

“Ketika kejadian cuaca baik dan tidak hujan. Siasatan masih diteruskan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya