Lelaki Bangladesh ditahan cuba rogol nenek, samun - Utusan Malaysia

Lelaki Bangladesh ditahan cuba rogol nenek, samun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Seorang wanita berusia 65 tahun berdepan detik menakutkan apabila didatangi seorang lelaki Bangladesh yang menyelinap masuk ke rumahnya di Taman Skudai, di sini, awal pagi semalam.

Ketika kejadian pada pukul 3.30 pagi itu, wanita warga emas itu sedang tidur sebelum terdengar bunyi seperti orang membuka tingkap biliknya.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, mangsa terkejut selepas mendapati terdapat seorang lelaki berkulit gelap berdiri di hadapannya.

Katanya, lelaki bangsa asing itu tidak memakai baju dan hanya berseluar dalam sambil memegang sebatang besi.

“Lelaki itu mengarahkan mangsa supaya diam dan menanggalkan pakaian kerana suspek hendak merogolnya.

“Pengadu yang dalam ketakutan hanya menurut apa yang disuruh sebelum suspek cuba merogol mangsa namun tidak berjaya dan lelaki itu hanya mengeluarkan air mani di atas tilam pengadu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dzulkhairi berkata, suspek juga memaksa pengadu supaya menyerahkan wang tunai sebanyak RM500 lalu beredar.

Jelasnya, susulan laporan dibuat mangsa, polis menjejaki lelaki berusia 26 tahun sebelum dia ditahan bersama dua lelaki warga Myanmar berusia 21 dan 26 tahun.

Kesemua mereka bekerja sebagai buruh dan dua lelaki Myanmar yang ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan samun dan bersekongkol dengan lelaki Bangladesh berkenaan.

“Polis turut merampas beberapa bahan bukti yang dipercayai digunakan untuk tujuan samun antaranya sebatang besi, besi pengumpil, sehelai ‘boxer’ berwarna kelabu dan sebuah telefon bimbit,” katanya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 392/397 serta Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya