Lawak rogol perubatan memalukan - Mahdzir Khalid

Lawak rogol perbuatan memalukan – Mahdzir

MAHDZIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perbuatan seorang guru lelaki di Selangor yang didakwa membuat lawak rogol sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas tidak boleh dianggap terpencil dan wajar dikenakan tindakan tegas jika terbukti berlaku.

Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tindakan itu disifatkan sebagai tidak profesional dan memalukan institusi perguruan di negara ini.

Justeru, beliau menggesa Kementerian Pendidikan agar segera menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut garis panduan peraturan.

“Sebagai bekas pengetua sekolah dan juga bekas Menteri Pendidikan, saya merasakan perkara itu memalukan institusi guru negara ini. 

“Dalam apa jua situasi sekalipun, perkara itu tidak seharusnya dijadikan sebagai bahan lawak kerana rogol itu sendiri adalah perbuatan jenayah yang sama sekali tidak wajar dipromosikan lebih-lebih lagi oleh seorang guru,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Tegas Ahli Parlimen Padang Terap itu, jenayah rogol sepatutnya digunakan oleh seorang guru untuk mendidik anak muridnya menjauhi perbuatan itu dan bukannya dijadikan sebagai bahan jenaka.

“Bagi saya, ini juga berkaitan dengan akhlak seorang guru. Kita bukan nak mengambil pendekatan menghukum akhlak keseluruhan guru-guru di Malaysia, tetapi kesedaran mengenai batasan percakapan itu perlu ada dalam diri setiap guru agar semua anak murid di dalam kelas tidak merasa terganggu emosi mereka dengan akhlak dan perlakuan guru mereka. Ini bagi saya amat penting untuk kita faham,” ujarnya.

Pada minggu lalu seorang guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sebuah sekolah didakwa bergurau keterlaluan apabila menggalakkan pelajar-pelajarnya melakukan perbuatan merogol.

Perkara itu didedahkan oleh pengguna Twitter bernama Ain apabila kejadian itu berlaku ketika sedang mengikuti mata pelajaran tersebut dengan guru lelaki berkenaan.

Katanya, pada mulanya ia berjalan lancar dan mereka berbincang mengenai gangguan seksual dan cara-cara menjaga diri masing-masing, bagaimanapun perlahan-lahan gurauan itu menjadi semakin pelik dan lucah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya