KSN kesal segelintir penjawat awam terbabit kartel tender kerajaan - Utusan Malaysia

KSN kesal segelintir penjawat awam terbabit kartel tender kerajaan

MOHD. ZUKI ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali amat kesal dengan segelintir penjawat awam yang membenarkan diri mereka diperguna pihak berkepentingan untuk habuan lumayan.

Menurutnya, pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap sindiket kartel tender kerajaan yang bernilai RM3.8 bilion amat membimbangkan.

“Kes ini mula dikesan sejak tahun 2014 dan hasil pemerhatian serta risikan berterusan pihak SPRM berjaya membawa kepada penahanan beberapa individu yang menjadi suspek utama siasatan.

“Saya menyokong penuh kepada segala usaha untuk membanteras apa jua bentuk salah laku dan penyelewengan yang berlaku dalam sistem penyampaian kerajaan terutama isu berkaitan rasuah yang dikendalikan SPRM,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd. Zuki berkata, beliau memberi jaminan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana penjawat awam yang terlibat dalam isu itu ataupun sebarang salah laku yang menjejaskan imej perkhidmatan awam sekiranya dibuktikan bersalah.

Tegasnya, beliau berulang kali memberi peringatan kepada semua ketua jabatan supaya menerap dan memegang utuh konsep integriti dalam pengurusan organisasi dengan memperkukuh program kesedaran dan pencegahan selaras dengan pelaksanaan Pelan Anti-Rasuah Nasional (NACP).

Menurutnya, Jabatan Perkhidmatan Awam telah diarahkan melaksanakan pusingan kerja bagi pegawai di jawatan-jawatan sensitif yang cenderung kepada isu berkaitan salah laku.

Media hari ini melaporkan SPRM menahan tujuh individu dipercayai anggota sindiket kartel memonopoli ratusan tender kementerian dan agensi kerajaan sejak tujuh tahun lalu. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya