KPDNHEP Selangor beri amaran kepada pasar raya 

KPDNHEP Selangor beri amaran kepada pasar raya 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor memberikan amaran kepada sebuah pasar raya di Seksyen 7 di sini kerana tidak mematuhi Skim Harga Minimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2021. 

Unit Korporat KPDNHEP Selangor dalam kenyataannya berkata, pihaknya telah mengeluarkan amaran tersebut setelah membuat tinjauan di pasar raya tersebut petang semalam. 

“Pihak pasar raya telah diberikan amaran untuk ubah tanda harga dan mereka akur. 

“Hari ini adalah hari terakhir advokasi dan jika berlaku lagi tindakan akan dilakukan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Semalam, sebuah pasar raya didapati tidak mengikut SHMMP Hari Raya Puasa 2021 yang berkuat kuasa Selasa lalu.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati sekilogram ayam standard yang dijual premis tersebut pada harga RM8.60, berbanding RM7.90 yang ditetapkan dalam skim berkenaan.

Selain ayam, pasar raya itu turut menjual sekilogram ikan kembung pada harga RM21, berbanding RM13 sekilogram.

Tambah Unit Korporat KPDNHEP Selangor, sehingga hari ini pihaknya menerima dua aduan berhubung kegagalan mengikut pelaksanaan SHMMP Hari Raya Puasa 2021. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN