Komik kontroversi promosi ideologi komunisme, sosialisme kekal haram

Komik kontroversi promosi ideologi komunisme, sosialisme kekal haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan pengharaman komik kontroversi ‘Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI)’ yang didakwa mempromosikan ideologi komunisme dan sosialisme.

Hakim Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu selepas menolak permohonan semakan kehakiman bekas ahli DAP, Dr. Hew Kuan Yau untuk mencabar pengharaman yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri terhadap komik tersebut.

Hakim Noorin berkata, siasatan ke atas kandungan komik itu mendapati ia mengandungi halaman yang boleh mencetuskan ketegangan kaum yang serius.

Beliau berpuas hati, keputusan Menteri Dalam Negeri ketika mengharamkan komik tersebut adalah sah di sisi undang-undang dan munasabah selain berpuas hati bahawa Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA),  berperlembagaan.

Mahkamah berpendapat, perintah pengharaman oleh Menteri Dalam Negeri (ketika itu) yang merupakan responden pertama adalah wajar dan tidak boleh diganggu mahkamah. 

Ujar Hakim Noorin, justeru permohonan pemohon ditolak dengan kos RM5,000.

Sementara itu, peguam Datuk J.Shamesh yang mewakili Kuan Yau ketika ditemui selepas prosiding memberitahu, pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi hari ini.

Dalam prosiding itu, responden diwakili Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly.

Dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan Kuan Yau pada 26 November 2019, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Peguam Negara (AGC) dan kerajaan masing-masing dinamakan sebagai responden pertama hingga keempat. 

Kuan Yau yang juga dikenali sebagai ‘Superman Hew’ membuat permohonan semakan kehakiman itu selepas kerajaan mengharamkan buku komiknya kerana didakwa mempromosikan ideologi komunisme dan sosialisme.

Dalam satu kenyataan media pada 23 Oktober 2019, KDN mewartakan perintah larangan terhadap komik itu mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya