Keutamaan keperluan kem tentera - Utusan Malaysia

Keutamaan keperluan kem tentera

ISMAIL Sabri Yaakob menyantuni keluarga Bombardier Johari Ismail yang mana anaknya, Muhammad Aisy Bazli, 12, mengalami jantung berlubang dalam lawatan beliau ke Markas 1 Briged, Kem Sikamat, Seremban, kelmarin. – UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Siri lawatan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke kem-kem tentera di seluruh negara diteruskan dengan Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) dekat sini menjadi destinasi terbaharu dalam siri lawatan tersebut.

Berbanding lawatan ke kem tentera lain sebelum ini, Ismail Sabri dalam lawatan kali ini turut berpeluang beramah mesra dengan anggota tentera dari pusat latihan dan pasukan di sekitar daerah ini dalam majlis berbuka puasa.

Menurut beliau, lawatan ke kem-kem tentera sudah menjadi kelaziman buat beliau sejak menjawat jawatan sebagai Menteri Kanan Pertahanan dan menerusi lawatan berkenaan beliau dapat mengetahui sendiri keperluan dan tahap kesiapsagaan setiap kem.

“Saya akan melawat kem, setia dua minggu sekali saya akan melawat kem di seluruh negara. Saya akan mendengar dan diberi taklimat daripada segi kesiapsagaan tentera di setiap kem yang saya lawati.

“Kita tahu setiap kem mesti berada dalam keadaan kesiapsagaan bagi menghadapi apa juga keadaan yang berlaku, kita melihat daripada sudut itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Berbuka Puasa Menteri Kanan Pertahanan Bersama Warga Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (PLDTD) di Pusasda dekat sini, malam kelmarin.

Yang hadir sama, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain ; Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohamad Ab. Rahman dan Panglima Latihan Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Nazari Abd. Hadi.

Dalam memastikan tahap kesiapsagaan berada di tahap tertinggi, kebajikan anggota tentera dan keluarga juga menjadi keutamaan. Sehubungan itu, pada majlis tersebut juga, Ismail Sabri turut berkesempatan menyerahkan sumbangan sempena Ramadan kepada lima anggota tentera yang memerlukan.

Terdahulu sebelum majlis tersebut, Menteri Kanan Pertahanan juga berkesempatan menyantuni dua waris anggota (PLDTD) yang menghadapi masalah kesihatan dan memerlukan bantuan.

Ia dimulakan dengan mengunjungi rumah Sarjan Yusnizal Mohamed Yahaya daripada Kor Perkhidmatan Diraja (KPD) Pusasda bagi menyantuni anak kepada anggota tersebut iaitu Nor Diana Yusmaliza Yusnizal, 9.

Nor Diana Yusmaliza menghidapi penyakit microcephaly (kepala mengecil) sejak dilahirkan dan sedang mengikuti rawatan serta program pemulihan di Hospital Kuala Lumpur, Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban dan Hospital Port Dickson.

Ismail Sabri kemudiannya berkesempatan melawat Siti Mazidah Mokhtar @ Zulkifly, 38, isteri kepada Pegawai Waran II, Hazizi Jebeng yang bertugas di Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED).

Siti Mazidah menghidap penyakit oesteoporosis saraf tulang belakang dan arteraitis dan kini masih menjalani rawatan berkala di Hospital Port Dickson. Dia sedang menunggu giliran bagi mendapatkan rawatan di Institut Kanser Negara, Putrajaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya