Kes penipuan pelaburan meningkat di Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Kes penipuan pelaburan meningkat di Negeri Sembilan

AIBEE AB. GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kes penipuan pelaburan di Negeri Sembilan dilihat membimbangkan dengan 65 kes dilaporkan sepanjang tahun ini melibatkan kerugian sebanyak RM2.3 juta setakat semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Superitenden Aibee Ab. Ghani berkata, peningkatan tersebut amat ketara berbanding 24 kes penipuan pelaburan dilaporkan bagi tempoh yang sama pada 2020 dengan melibatkan kerugian sebanyak RM888,056.

“Statistik perbandingan mendapati berlaku pertambahan 45 kes penipuan pelaburan pada 2021 berbanding tempoh yang sama tahun lepas dengan peningkatan kerugian sebanyak RM1.42 juta.

“Jenis pelaburan yang ditawarkan termasuk saham iaitu 15 kes dengan jumlah kerugian RM127,534, pelaburan forex sebanyak lapan kes (RM483,526), pelaburan perniagaan sebanyak empat kes (RM246,905), pelaburan emas berjumlah satu kes (RM6,029) dan lain-lain pelaburan sebanyak 25 kes (RM969,086),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Aibee, modus operandi sindiket pelaburan tersebut adalah mengiklankan di media sosial seperti Facebook, WhatsApp dan WeChat kemudian berhubung dengan mangsa secara individu sebelum dimasukkan dalam grup tertentu.

“Sindiket pelaburan menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh masa pendek dan bayaran dibuat ke akaun bank individu. Sekiranya aktif dalam masa enam bulan ke setahun mangsa dijanjikan pulangan awal akan dibayar,” katanya.

Jelas beliau, dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, sebanyak 69 individu ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut termasuk empat individu yang diambil tindakan perintah sekatan selama dua tahun di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya