Kerajaan Pusat, negeri harus bekerjasama untuk sektor ruminan negara 

Kerajaan Pusat, negeri harus bekerjasama untuk sektor ruminan negara 

LOH KER CHEAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan boleh menjalin kerjasama dengan kerajaan negeri atau pembekal perkhidmatan utiliti dengan memberikan beberapa tawaran. 

Tawaran itu termasuklah memberikan projek tanah rizab rintis kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB), tanah rizab di permukaan laluan paip gas dan tanah rizab di Jabatan Pengairan dan Saliran tepi sungai. 

Mantan Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Zin, Loh Ker Chean berkata, ia bertujuan bagi menggalakkan lebih banyak peluang dalam industri ternakan ruminan tempatan. 

“Kerajaan harus mengaktifkan kembali tanah ternakan kerajaan dan kemudahan jabatan yang terbiar atau tidak diptimakan penggunaannya bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pengimportan. 

“Contohnya, kerajaan mempunyai beribu ekar tanah di Projek Pertanian Moden (PPM) Kluang dan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) seluruh negara yang belum mencapai tahap penggunaan yang optimum,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Untuk rekod, menurut laporan Kajian Pasaran Sektor Makanan 2019 oleh Suruhanjaya Persidangan Malaysia (MyCC), kadar sara diri daging lembu pada 2018 di negara ini berada pada kadar rendah iaitu 22 peratus akibat kekurangan pengeluaran daging lembu tempatan. 

Rentetan itu, katanya, negara terpaksa memenuhi keperluan daging lembu dalam negara melalui sumber pengimportan yang terhad. 

Selain itu, Ker Chean turut menyeru kerajaan mengambil kira cadangan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dalam laporan yang sama iaitu memecahkan oligopoli dalam kalangan pengeksport daging lembu. 

Ini katanya dengan memperbanyak pusat penyembelihan yang layak supaya mneingkatkan persaingan pengusaha sekali gus meningkatkan kualiti daging lebih terjamin. 

“Kerajaan sewajarnya tidak mempunyai alasan lagi untuk melengahkan pelaksanaan reformasi dalam sektor ruminan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya