Kepekaan kerajaan terhadap vaksin AstraZeneca wajar dipuji - Utusan Malaysia

Kepekaan kerajaan terhadap vaksin AstraZeneca wajar dipuji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: Keputusan kerajaan yang peka dengan kegusaran rakyat di negara ini berhubung penggunaan vaksin jenis AstraZeneca dipuji seorang ahli Parlimen pembangkang.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, pihaknya ‘tabik hormat’ kepada Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba.

Menurutnya, tindakan mereka ternyata membuktikan kerajaan prihatin terhadap kebimbangan rakyat tentang tahap keselamatan AstraZeneca kepada penerima vaksin itu.

“Kata-kata Dr. Adham bahawa kemungkinan risiko AstraZeneca adalah kecil berbanding manfaatnya tidak mudah diterima rakyat, membuatkan anak-anak Malaysia bangkit dan bangun mencabar.

“Mereka tidak benarkan ibu bapa, datuk nenek mereka yang berumur lebih 60 tahun itu daripada disuntik dengan vaksin AstraZeneca.

“Akhirnya dua orang menteri yang bertanggungjawab dalam program vaksinasi kebangsaan terpaksa tunduk, mengalah dan bersetuju bahawa vaksin AstraZeneca itu tidak dimasukkan dalam program vaksinasi kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau mengucapkan syabas kepada Khairy dan Adham yang sedia mendengar protes rakyat kerana jika berdegil dan keras kepala, mungkin padahnya besar dalam pilihan raya tidak lama lagi.

“Tetapi kenyataan Khairy yang menyatakan dia tidak mahu AstraZeneca itu membazir kerana telah dibeli maka dicipta satu program yang bernama ‘first come, first serve’.

“Maksudnya, kerajaan menjemput rakyat yang sanggup tampil ke depan untuk menerima vaksin AstraZeneca itu secara sukarela.

“Sekali pandang agak munasabah, tetapi jika ditimbang dan dibuat dua kali pandang, cadangan ini semacam memperjudikan nyawa rakyat. Ada persamaan seperti perjudian nyawa tembak pistol di kepala sendiri secara ‘Russian Roulette’,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya