Kementerian Kewangan masih pemegang majoriti menara TRX

Kementerian Kewangan masih pemegang majoriti menara TRX

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan masih pemegang majoriti dalam syarikat yang membangunkan Menara Exchange 106 di Tun Razak Exchange (TRX).

MKD Signature Sdn. Bhd. (MSSB) iaitu syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) masih menjadi pemegang saham utama Mulia Property Development Sdn. Bhd. (MPDSB) dan tidak wujud sebarang perjanjian penjualan saham kepada mana-mana pihak.  

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, MSSB telah mengambil alih 51 peratus saham di dalam MPDSB pada 19 Julai 2017 daripada Mulia International Limited (MIL) manakala 49 peratus saham lagi masih dimiliki MIL. 

Jelasnya, keputusan penglibatan MSSB di dalam pembangunan Exchange 106 pada waktu tersebut dibuat bagi memelihara kepentingan projek TRX yang terpalit dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana kesukaran MPDSB mendapatkan pinjaman untuk membiayai projek tersebut.

“Penjualan saham MSSB di dalam syarikat MPDSB adalah tertakluk kepada Perjanjian Jual Beli dan Perjanjian Pemegang Saham yang dimeterai pada tahun 2017.

“Ia di mana MIL mempunyai hak untuk melaksanakan Call Option untuk membeli semula 51 peratus  saham MSSB dengan harga yang telah dipersetujui dan setelah menjelaskan pinjaman  yang diberikan oleh MSSB,” katanya hari ini. 

Kenyataan itu sebagai memberi penjelasan berhubung laporan media mengenai dakwaan penjualan saham milik MSSB yang memiliki bangunan Exchange 106 di dalam Projek TRX. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya