Kelantan FC tumbang di Kota Bharu - Utusan Malaysia

Kelantan FC tumbang di Kota Bharu

PEMAIN Sarawak United meraikan jaringan Lee Chang-hoon dalam aksi Liga Perdana menentang Kelantan FC hari ini. - IHSAN MFL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Rembatan kencang dari jarak jauh Lee Chang-hoon pada minit ke-39 sudah cukup buat Sarawak United untuk menumbangkan Kelantan FC 1-0 dalam aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV di sini sebentar tadi.

Jaringan itu terhasil menerusi hantaran pendek Sandro Da Silva Mendonca yang berjaya dimanfaatkan oleh Chang-Hoon untuk untuk menewaskan Mohd. Faridzuean kamarudin di pintu gol tuan rumah.

Tersentak dengan gol itu, anak-anak buah Marco Ragini bangkit mengasak namun rembatan Natanael Siringo Ringo sempat ditampan keluar Mohd. Sharbinee Allawee Ramli pada minit ke-39 termasuklah susulan dari Jack Hindle.

Bersambung babak kedua, pelawat terus bernafsu untuk menambah jaringan pada minit ke-54, namun rembatan da Silva Mendonca dinafikan oleh ketangkasan Mohd Faridzuean.

Nur Shamie Iszuan Amin menjadi orang paling kecewa apabila jaringannya pada minit ke-82 dibatalkan oleh pengadil kerana berada dalam kedudukan ofsaid.

Usaha Kelantan FC untuk mendapatkan jaringan penyamaan menemui jalan buntu apabila dinafikan oleh ketumpulan penyudah.

Gol tunggal itu kekal sehingga tamat perlawanan sekaligus menghadihkan tiga mata penuh buat Sarawak United.

Kemenangan  membuktikan status Sarawak United sebagai antara pasukan terkuat dalam saingan Liga Perdana musim ini, berkongsi 13 mata bersama pendahulu, Negeri Sembilan dengan rekod tanpa kalah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya